Kami dengan sukacitanya mempersembahkan Program CSR: JMSK Turun Padang yang bertujuan untuk memperkukuh perkongsian dan pemindahan ilmu antara pensyarah dan pelajar PMS dengan guru-guru serta pelajar SMK Perantau Damai. Program ini memberikan peluang kepada peserta untuk meningkatkan pengetahuan asas dalam bidang Solar, Catur, dan Calculus Board.
Kami berharap dengan melaksanakan PROGRAM CSR ini, para peserta akan memperoleh pendedahan awal yang berharga, yang akan menjadi bekalan dalam meneruskan perjalanan hidup mereka.



Selain itu, program ini turut dihadiri oleh barisan urusetia dari JMSK dan KJMSK, termasuk Pn Sharifah Noor Anita binti Syed Jaafar, dan telah disambut baik oleh guru-guru serta Pengetua SMK Perantau Damai.
Mari bersama-sama kita kembangkan ilmu dan semangat belajar dalam suasana yang positif!