26 Mei 2026 โ€“ Semangat ukhuwah serumpun Malaysiaโ€“Indonesia terus diperkukuhkan menerusi program mobiliti antarabangsa berimpak tinggi yang menghimpunkan delegasi Malaysia dan Indonesia melalui pelbagai pengisian berteraskan ibadah korban, CSR, bakti siswa, kampung angkat, pertukaran budaya serta jaringan pendidikan global.
ย 
Program yang berlangsung dari 26 hingga 31 Mei 2026 ini dianjurkan oleh Kolej Komuniti Tanjung Piai dengan kerjasama Universitas Negeri Padang (UNP), Koperasi Kolej Komuniti Tanjung Piai, Kantor Walani Nagari Lubuk Jantan, Masjid Nurul Huda Kelumpang, Pejabat Kadi Daerah Pontian, Yayasan Perbandaran Pontian, Fitness Network Centre, Persatuan Alumni Politeknik Muadzam Shah (PMS) serta beberapa institusi POLYCC lain termasuk Kolej Komuniti Segamat, Politeknik Muadzam Shah (PMS), Kolej Komuniti Pasir Gudang, Kolej Komuniti Kota Tinggi, Politeknik Ibrahim Sultan dan Politeknik METrO Kuantan.
ย 
Mobiliti antarabangsa ini berlangsung di Jorong Dahlia, Lubuk Jantan, Kec. Lintau Buo Utara, Tanah Datar, Indonesia.
Program yang diketuai oleh Encik Mohd Jeffry bin Zainuddin selaku Ketua Delegasi ini turut disertai seramai 19 orang pelajar bersama pensyarah pengiring dan jawatankuasa pelaksana. Pelbagai pengisian berimpak tinggi seperti Program Korban Perdana, lawatan akademik, bakti siswa dan malam kebudayaan dijalankan sebagai medium pertukaran ilmu, budaya dan pengalaman antarabangsa.
ย 
Penglibatan Politeknik Muadzam Shah dalam program ini mencerminkan komitmen institusi dalam memperkukuh agenda pengantarabangsaan TVET, memperluas jaringan strategik global serta melahirkan graduan holistik yang berdaya saing dan berfikiran global.
ย 
Program ini juga selari dengan aspirasi iltizam 13 POLYCC dalam memperkasa pengantarabangsaan melalui pengukuhan mobiliti pelajar, jaringan strategik global dan pembangunan graduan berdaya saing serta berfikiran global di samping menyokong matlamat Sustainable Development Goals (SDG) melalui pendekatan TVET.
ย 

Inilah barisan penari Walinong Tari Politeknik Muadzam Shah yang telah memukau penonton menerusi persembahan pembukaan dan penutup di Pesta Pelita Raya Pahang 2026 Daerah Rompin, Tasik Lipur Kota, Muadzam Shah.
ย 
Kumpulan ini diselaras dan dibimbing oleh Cik Syuhairah Binti Mohd Norhisham Lee dan Yuzainee Yee yang sentiasa komited dalam memastikan persembahan yang sentiasa memukau.
ย 

Cultural Showcase & Knowledge Exchange
๐Ÿ“ Bali, Indonesia
๐Ÿ—“๏ธ 30 Mac โ€“ 3 April 2026
Dari bilik kuliah ke pentas antarabangsa ๐ŸŒ
ย 
Pelajar ๐——๐—จ๐—ฃ๐Ÿฐ๐—”, ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—น๐—ผ๐—บ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป, ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ถ๐—ธ ๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—ฑ๐˜‡๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต telah berjaya menjayakan program mobiliti antarabangsa yang penuh dengan pengalaman bermakna: daripada knowledge sharing, lawatan akademik hinggalah ke persembahan budaya serumpun ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ
ย 
Program ini bukan sekadar perjalanan, tapi satu platform untuk membina keyakinan, memperluas perspektif global dan mengukuhkan hubungan dua negara serumpun.
ย 
โœจ Dengan sokongan:
Tourism Malaysia
โœจ Penerbangan rasmi:
Batik Air Malaysia
โœจ Penaja Utama:
Sama Sama Hotel KLIA | Natural Batik Village | Pakngah Production Sdn. Bhd.
๐Ÿ‘ Tahniah kepada barisan jawatankuasa pelajar yang diketuai oleh:
๐—ก๐˜‚๐—ฟ ๐——๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ฒ ๐—”๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—•๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐—ญ๐—ฎ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต (๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ)
๐——๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ณ๐—ฟ๐˜†๐—ป๐—ฎ ๐—•๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป (๐—ง๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ
)
๐Ÿ’ก Di bawah bimbingan:
Puan Nurul Huda binti Awang Kalong
Cik Norharnani binti Zulkifli
One journey. Endless learning. ๐Ÿ’ซ

SA PA, VIETNAM, 9 April 2026 โ€“ Pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP 4B), Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Muadzam Shah telah berjaya melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Indigo Snail Homestay, Kampung Ta Van, Sa Pa, Vietnam dengan kerjasama organisasi bukan kerajaan (NGO), Sapa Oโ€™Chau.
ย 
Program ini dipimpin oleh pensyarah kursus DTM40384 Tourism Expedition, Cik Maisarah binti Awang, serta diiringi oleh Dr Nornajiha binti Kamdi, Dr Norhaslin binti Abu Hassan dan Puan Nur Faizah binti Zam Zam, yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program.
ย 
Antara pengisian utama ialah bengkel khas bertajuk โ€œEnglish for Hospitality: A Starter Guideโ€ yang dirangka bagi memperkasa komuniti Hmong dengan kemahiran komunikasi asas sebagai langkah awal meneroka peluang dalam industri hospitaliti.
ย 
Program ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti pengenalan permainan tradisional Malaysia termasuk batu seremban dan capteh, serta aktiviti mewarna batik secara langsung sebagai usaha memperkenalkan warisan seni negara. Keterujaan komuniti setempat jelas membuktikan bahawa budaya mampu menjadi medium penyatuan merentasi sempadan.
ย 
Kemuncak program menampilkan persembahan kebudayaan yang menggabungkan tarian Melayu, Cina dan India, sekali gus memperlihatkan kepelbagaian dan keunikan budaya Malaysia kepada komuniti antarabangsa.
ย 
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ms. Ha, Pengarah Sapa Oโ€™Chau atas jemputan dan peluang yang diberikan kepada Politeknik Muadzam Shah untuk menyumbang kepada pembangunan komuniti Hmong di Kampung Ta Van.
ย 
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai semua objektif yang dirancang serta memberi impak positif kepada peserta dan komuniti setempat.

22 Januari 2026:- Pelancaran Program EKSA ON! Amal EKSA, PMS Selesa telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sri Muadzam (DKU), Politeknik Muadzam Shah.
ย 
Majlis dimulakan dengan taklimat pelaksanaan EKSA oleh Puan Aida Azmila Binti Azmi, selaku Penyelaras EKSA PMS, yang menjelaskan hala tuju serta komitmen warga PMS dalam membudayakan amalan EKSA secara berterusan.
ย 
Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian Poster Program EKSA ON! oleh Tuan Haji Mohd Yusof Bin Zakaria, Pengarah PMS, sebagai simbolik pelancaran rasmi program.
ย 
โœจ EKSA bukan sekadar amalan, tetapi budaya kerja.
๐ŸŒฑ Bersama kita wujudkan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik dan selesa.
ย 
EKSA ON! Amal EKSA, PMS Selesa.

Bilangan Pengunjung

Malaysia 100.0% Malaysia

Total:

1

Country
001045
Today: 13
Yesterday: 2
This Week: 17
This Month: 55
This Year: 229

Post Gallery

Peta Lokasi

Please publish modules in offcanvas position.