Melestarikan Pengurusan Bengkel Makmal & Gotong-Royong Persediaan Semester Baharu

🗓️ 1 Ogos 2025 (Jumaat) | 🕘 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Bengkel, Makmal & Ruang Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Muadzam Shah
JKM Unity juga diadakan seiring keperluan portfolio Pengurusan Bengkel Makmal dalam memastikan semua ruang di JKM berada dalam keadaan kondusif dan tersedia untuk digunakan. Penglibatan pelajar senior JKM PMS bersama penyelia ruang/aset yang terlibat dalam program JKM Unity 2025.
Program bermula seawal jam 9.00 pagi dan tamat sekitar 12.00 tengah hari. Aktiviti ini dimulakan dengan taklimat ringkas pengurusan bengkel makmal. Agihan tugasan dijalankan secara berstruktur dengan pembahagian kawasan mengikut program dan kelas.
Tujuan utama program ini adalah memenuhi aktiviti pengurusan bengkel makmal. Ini juga adalah usaha memastikan persekitaran pembelajaran JKM berada dalam keadaan bersih, selesa dan teratur. Secara tidak langsung melancarkan sesi pembelajaran bagi Semester 1 Sesi 2025/2026 yang akan bermula Isnin 4 Ogos 2025.
Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua penyelia dan pelajar atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan!

Bilangan Pengunjung

Malaysia 100.0% Malaysia

Total:

1

Country
000550
Today: 9
Yesterday: 14
This Week: 23
This Month: 162
This Year: 162

Post Gallery

Peta Lokasi

Please publish modules in offcanvas position.