Kursus PSH: Asas Solar

Seramai 41 orang peserta telah menyertai Kursus Asas Solar yang dianjurkan oleh JMSK di Bilik Seminar ULPL, Politeknik Muadzam Shah. Kursus ini disampaikan oleh Dr. Jasrul Jamani bin Jamian, yang berkongsi ilmu dan pengalaman beliau berkaitan konsep asas tenaga solar, komponen utama sistem solar, serta teknik pemasangan asas.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang teknologi tenaga boleh diperbaharui, khususnya tenaga solar, serta menggalakkan kemahiran baharu yang berpotensi menjadi sumber pendapatan di masa hadapan.
Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang hadir terdiri dari pekerja di industri, pensyarah, staf dan pelajar Polycc. Ada yang dari Seremban, Port Dickson, Kuantan dan Rompin. Mereka datang dengan penuh semangat untuk belajar dan meneroka teknologi hijau demi kelestarian alam

Post Gallery

Bilangan Pengunjung

Malaysia 100.0% Malaysia

Total:

1

Country
000543
Today: 2
Yesterday: 14
This Week: 16
This Month: 155
This Year: 155

Please publish modules in offcanvas position.