Program Appreciating Nature: Edu Tour and Community Service at NECC telah bertempat di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah Pahang pada 06 Februari 2025.
Program ini merupakan suatu aktiviti sosial amalan hijau berkaitan kursus
DUG30023 - Green Technology Compliance bagi pelajar DPM5 Jabatan Perdagangan dan pensyarah. Ia juga merupakan salah satu program yang telah dirangka untuk memenuhi keperluan IEEP Jabatan Perdagangan khususnya dan menjayakan pelaksanaan program pendidikan hijau untuk
mencapai KPI Unit Smart Green PMS amnya.
Tujuan utamanya adalah untuk memahami keperluan pemuliharaan biodiversiti di Malaysia dalam menerapkan pembudayaan hijau dikalangan pelajar disamping membentuk keyakinan pelajar dalam pengurusan dan komunikasi dengan agensi luar.