𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗥𝗞𝗩 𝗣𝗠𝗦 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗪𝗢𝗥𝗟𝗗 𝗖𝗟𝗘𝗔𝗡𝗨𝗣 𝗗𝗔𝗬 (𝗪𝗖𝗗) 𝟮𝟬𝟮𝟰

Tarikh : 23 September 2024, Isnin
Lokasi : Kawasan Perindustrian Muadzam Shah
Telah berlangsung satu program CSR : World Cleanup Day 2024 anjuran POLYCC Pahang dan Unit SmartGreen Polytechnic of Muadzam Shah bersama-sama SWCorp Muadzam Shah. Turut hadir adalah Haji Mohd Yusof bin Zakaria, Pengarah PMS bersama-sama Encik Mohd Helmi bin Salleh, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMS.
World Cleanup Day merupakan program global tahunan bertujuan untuk menangani masalah sisa pepejal termasuk sisa di laut. Program melibatkan aktiviti pembersihan kawasan secara serentak bermula pada 2018 ini telah berjaya mengumpulkan 91juta penyertaan dari seluruh negara!
Fokus aktiviti hari ini adalah melibatkan aktiviti pembersihan di Kawasan perindustrian Muadzam Shah. Penyertaan program WCD 2024 ini melibatkan seluruh staf dan pelajar PMS, dimana JRKV Politeknik Muadzam Shah telah menyalurkan bantuan sukarelawan "Hero Kebersihan" seramai 12 orang Pensyarah dan 24 orang pelajar.
Semoga program ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga JRKV PMS dan komuniti setempat untuk terus memupuk semangat tanggungjawab terhadap kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Penyertaan aktif semua pihak diharap dapat menyumbang kepada usaha global dalam menjaga bumi untuk generasi akan datang.
✨ "𝑳𝒂𝒌𝒂𝒓 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑫𝒆𝒑𝒂𝒏 𝑨𝒏𝒅𝒂 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑲𝒓𝒆𝒂𝒕𝒊𝒗𝒊𝒕𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂 𝑱𝑹𝑲𝑽𝑷𝑴𝑺" ✨

Bilangan Pengunjung

Malaysia 100.0% Malaysia

Total:

1

Country
000550
Today: 9
Yesterday: 14
This Week: 23
This Month: 162
This Year: 162

Post Gallery

Peta Lokasi

Please publish modules in offcanvas position.