Pada 16 Januari 2025 (Khamis), satu majlis Flag Off telah diadakan untuk pasukan PMS Racing Team (PMS RT) yang akan menyertai pertandingan TSAE Auto Challenge Formula Student 2025. Majlis tersebut bermula pada 2.45 petang di Bengkel Automotif, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PMS.
Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik PMS, En. Shahrul Nizam bin Mohamed dan diiringi oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Dr. Nurul Afizah binti Adnan.
Turut bersama dalam majlis ini adalah para pensyarah dan pelajar yang terlibat dalam pembikinan jentera EV PMS RT yang diberi nama HyperVolt.
Majlis ini merupakan langkah penting bagi menyemarakkan semangat dan memberi sokongan kepada pasukan yang akan bersaing dalam pertandingan berprestij ini.
Dengan persiapan yang rapi, pasukan PMS RT kini bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih besar di TSAE Auto Challenge Formula Student 2025 yang akan berlangsung pada 24 hingga 26 Januari 2025 di Litar Lumba Pathum Thani, Bangkok, Thailand.
Semoga perjalanan ini membawa kejayaan dan memberi pengalaman berharga kepada semua yang terlibat.